Wednesday, August 24, 2011

SUSU TURUNKAN BERAT BADAN….



Dalam satu kajian talah membuktikan bahawa susu dapat membantu membakar lemak dengan lebih cepat. Kajian telah dilakukan kepada 32 orang penghidap obesity selama 24 minggu. Hasilnya pengambilan susu boleh membantu pembakaran secara lebih cepat. Ketika tubuh seseorang kekurangan calcium (yang terkandung di dalam susu), hormon yg berfungsi menahan calcium, menghantar isyarat berganda kepada sel-sel lemak. Akibatnya tubuh akan menghasilkan lebih banyak lemak dan lebih sedikit membakar lemak. Kini individu boleh mengambil jenis susu yang dapat membantu membakar lemak. Susu jenis ini lazimnya dilengkapi dengan kandungan CLA atau ‘conjugated linoleic acid’. CLA dianggap sebagai komponen yang membantu otot dan mempercepatkan pembakaran lemak. Sewaktu kamu berusaha untuk menurunkan berat dan mengekalkan bentuk badan, sebaiknya kamu memilih susu ‘low-fat’ atau ‘non-fat’ yang diperkaya dengan calcium dan zat besi yang menyokong pola pemakanan kamu. Minumlah susu sebanyak dua kali sehari (pagi dan malam).

No comments:

Post a Comment