Sunday, December 11, 2011

Azab Bagi Wanita

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri…..
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.
Beliau menjawab, “Pada malam aku di-isra’-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk
karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,”kata Nabi.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.
*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.
*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.
*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”
Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.




Ya Allah,
damaikan hati yang gundah ini,
sungguh, aku tak dapat menahan rasa cinta ini dari terus berputik,
Kau Maha Tahu akan isi hatiku,
Sampaikanlah rasa cinta ini pada dirinya,
Aku takut apakah cinta ini akan diterima,
Kerna aku hanya orang biasa…


al-quran

Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.” (Riwayat Tirmizi)

Dari Abu Umamah Al-bahili ra, dia berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda, "Bacalah Al Qur'an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaát kepada para pembacanya." (HR Muslim)

"Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al-Quran, adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lazat; orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran, adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya; orang munafiq yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau harum, tetapi pahit rasanya; dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran, ia tak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya pahit sekali." (HR Bukhari)

Allah berfirman: "Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Qur'an) dengan perintah Kami. Sebelummnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Qur'an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Qur'an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami". (Surah Asy Syuura ayat 52)

Allah berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, apabila disebut (nama) Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Allah lah mereka bertawakkal." (Surah Al Anfaal ayat 2)

Allah berfirman: "Dan apabila dibacakan Al Qur'an, maka dengarkanlah dengan baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat". (Surah Al A'raaf ayat 204)






Wednesday, August 24, 2011

SUSU TURUNKAN BERAT BADAN….



Dalam satu kajian talah membuktikan bahawa susu dapat membantu membakar lemak dengan lebih cepat. Kajian telah dilakukan kepada 32 orang penghidap obesity selama 24 minggu. Hasilnya pengambilan susu boleh membantu pembakaran secara lebih cepat. Ketika tubuh seseorang kekurangan calcium (yang terkandung di dalam susu), hormon yg berfungsi menahan calcium, menghantar isyarat berganda kepada sel-sel lemak. Akibatnya tubuh akan menghasilkan lebih banyak lemak dan lebih sedikit membakar lemak. Kini individu boleh mengambil jenis susu yang dapat membantu membakar lemak. Susu jenis ini lazimnya dilengkapi dengan kandungan CLA atau ‘conjugated linoleic acid’. CLA dianggap sebagai komponen yang membantu otot dan mempercepatkan pembakaran lemak. Sewaktu kamu berusaha untuk menurunkan berat dan mengekalkan bentuk badan, sebaiknya kamu memilih susu ‘low-fat’ atau ‘non-fat’ yang diperkaya dengan calcium dan zat besi yang menyokong pola pemakanan kamu. Minumlah susu sebanyak dua kali sehari (pagi dan malam).

Saturday, August 6, 2011


RaMaDaN kEmBaLi LaGi....

RaMaDan...                                 
Menjelma diri utk 30 hari
Amat b'tuah bg yg mngerti
Doa dipanjat pada ilahi
Harapan dipohon pada Rabbul Izzati
Agar segala hajat dipenihi
Hasrat menuju syurga abadi

Amalan baik digandakan pahala
Isikan jiwa dengan keimanan
Malam hari masa bermunajat
Memohon keampunan
Atas dosa yang dilakukan
Mengharap keredaan dari Tuhan

Luangkn masa membaca al-Quran
Itu wahyu dari Tuhan
Menjadi petunjuk sekalian alam
Di laut juga daratan 
Yang jelas atau tidak kelihatan
Yang bersembunyi @ terang-terangan

Solat terawih solat istimewa
Kerana tiada di bulan lainnya
Dikerjakan dengan keikhlasan
Dengan penuh khusyuk dan tawaduk
Tanda syukur seorang hamba
mengharapkan rahmat dari Yang Esa

Ramadan bulan istimewa
Bulan manusia menghapus dosa
Bulan manusia mngumpul pahala.

selamat berpuasa kpd semua ummat islam
semoga ramadan kali ini membri 1000 keberkatan buat semua..




Monday, July 18, 2011

kehidupan...

hr ni- 18/8
srng lg pt.ku mnggal.. dan kwn2 ku jga khlngan saudara mara mrka (meninggal)..btpa rmai nye org yg mnggal dlm 1 hri.. dan msih rmai lg yg kita x thu.. khdpn di hsptal mngjr aku erti ksshan, erti khdpan, n pelbagai ragam mnusia, skap ank trhdp ibu bpa mrka.. btpa sdih nye seorang ibu yg  mndrta breast cncer tnpa dkthui oleh suami n anak2..dia yg skit tp msih lg risaukn ank2..pngorbanan sorg ibu tiada nilainye.. wlaubgaimnpun yg hidup ttp akn mti jua akhrnye...

Sunday, July 17, 2011

miss you all my fwen..





Nurs Is Noble Job..

Nurs...
x smua org nk jd nurs..kbnykn pndng nurs sblh mata jew..
tp mke x tau nurs pntng sngt kt hospital.. 
doctor pn x blh bt keje tnpa nurs..
tapi kt hosptal kdang2 ada pt. yg bt nurs cm hmba je.. 
bsing2, mrah2,. kn bgus klau mke blh sbar n pham kje nurs..
tp hppy sngt bla mke ucap "trma ksih misi"..
rasa cm dihargai sngt2.. hehehe ('',)
1 ward ada 2 SISTER, 3 NURSE utk 1 shift, 1 JM, 1PPK n 25 PATIENT..cba byngkn cmne mke nk jga smua pt... 
tp mke blh jga pt. mke sbaik mungking..
assmnt cmptr skill kta org bt tntng nurse..thanks to anis n peja...
hrap2 smua org pham tugas seorng jrurawat..



Wednesday, June 29, 2011

org bt blog aku pn nk bt blog.. 
tp x rjin nk mnlis.. hehehe
ptt la org kte aku ni ska ikot org... 
org bli purse aku pn nk bli purse..
nk bt cm ne smua org ada 
keinginan msing2..
(@_@)



Monday, February 7, 2011

Air zamzam

Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan.

  • sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”
  • tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji. Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.
  • Berdasarkan nas asy-Syafi’eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah.
  • Disebutkan dalam hadis, Jabir bin `Abdullah, katanya: “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
  • Dalam erti kata lain, jika meminumnya dengan maksud menghilangkan rasa haus, maka Allah akan menghilangkan rasa hausnya. Jika meminumnya untuk menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan mengenyangkannya. Sekiranya, meminumnya untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.



FAKTA Rahsia kelebihan air zamzam
  1.  Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
  2.  Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
  3.  Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
  4.  Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
  5.  Antara mata air syurga.
  6.  Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
  7.  Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
  8.  Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
  9.  Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
  10.  Minuman orang mulia (al-abrar).
  11.  Menambah kekuatan badan.