@>--- a long journey is started with a simple step.... @>---cinta seringkali akn lari bila kita mencari.. tetapi cinta juga dibiarkan pergi bila ia menghampiri.. cinta yang suci dpt dilihat dari pengorbanan seseorang.. bukanlah dr pemberian semata-mata.. (^.^)
Wednesday, August 24, 2011
SUSU TURUNKAN BERAT BADAN….
Dalam satu kajian talah membuktikan bahawa susu dapat membantu membakar lemak dengan lebih cepat. Kajian telah dilakukan kepada 32 orang penghidap obesity selama 24 minggu. Hasilnya pengambilan susu boleh membantu pembakaran secara lebih cepat. Ketika tubuh seseorang kekurangan calcium (yang terkandung di dalam susu), hormon yg berfungsi menahan calcium, menghantar isyarat berganda kepada sel-sel lemak. Akibatnya tubuh akan menghasilkan lebih banyak lemak dan lebih sedikit membakar lemak. Kini individu boleh mengambil jenis susu yang dapat membantu membakar lemak. Susu jenis ini lazimnya dilengkapi dengan kandungan CLA atau ‘conjugated linoleic acid’. CLA dianggap sebagai komponen yang membantu otot dan mempercepatkan pembakaran lemak. Sewaktu kamu berusaha untuk menurunkan berat dan mengekalkan bentuk badan, sebaiknya kamu memilih susu ‘low-fat’ atau ‘non-fat’ yang diperkaya dengan calcium dan zat besi yang menyokong pola pemakanan kamu. Minumlah susu sebanyak dua kali sehari (pagi dan malam).
Saturday, August 6, 2011
RaMaDaN kEmBaLi LaGi....
RaMaDan...
Menjelma diri utk 30 hari
Amat b'tuah bg yg mngerti
Doa dipanjat pada ilahi
Harapan dipohon pada Rabbul Izzati
Agar segala hajat dipenihi
Hasrat menuju syurga abadi
Amalan baik digandakan pahala
Isikan jiwa dengan keimanan
Malam hari masa bermunajat
Memohon keampunan
Atas dosa yang dilakukan
Mengharap keredaan dari Tuhan
Luangkn masa membaca al-Quran
Itu wahyu dari Tuhan
Menjadi petunjuk sekalian alam
Di laut juga daratan
Yang jelas atau tidak kelihatan
Yang bersembunyi @ terang-terangan
Solat terawih solat istimewa
Kerana tiada di bulan lainnya
Dikerjakan dengan keikhlasan
Dengan penuh khusyuk dan tawaduk
Tanda syukur seorang hamba
mengharapkan rahmat dari Yang Esa
Ramadan bulan istimewa
Bulan manusia menghapus dosa
Bulan manusia mngumpul pahala.
selamat berpuasa kpd semua ummat islam
semoga ramadan kali ini membri 1000 keberkatan buat semua..
Subscribe to:
Posts (Atom)
